Browse By

Membezakan Bakso Daging Lembu dan Babi

bakso sapi (Foto:picsbox)

bakso sapi (Foto:picsbox)

Minggu lalu, salah satu kilang di Bandung, Jawa Barat telah digerebek para petugas kerana telah menghasilkan makanan dengan menggunakan bahan-bahan makanan yang berbahaya. Selepas beberapa kita telah digemparkan dengan kilang sos, kini kilang bakso yang menjadi bahan utama perbincangan bagi para pecinta bakso.

Namun, bagi anda peminat bakso tidak perlu bimbang lagi. Pasalnya, di bawah ini akan dijelaskan beberapa cara agar anda terhindar dari bakso daging babi atau yang biasa dikenal dengan celeng.

banneracai

1. Cium Aroma
Ciumlah terlebih dahulu bakso yang akan anda makan. Jika menghasilkan aroma lemak yang berlebihan, maka bakso tersebut mengandungi daging celeng. Pasalnya, daging celeng mengandungi lemak yang berlebihan berbanding daging lembu.

2. Warna
Untuk warna, antara bakso daging babi dan daging lembu hampir sama. Namun untuk membezakannya, anda cukup emmbelah menjadi dua bahagian bakso. Jika bakso bewarna lebih pucat, maka bakso tersebut mengandungi daging babi. Namun, jika bakso yang anda belah bewarna agak kecoklatan maka daging bakso mengandungi daging lembu.

3. Tekstur
Bakso dengan tekstur lembut, halus, dan lebih berminyak itu menandakan bakso daging babi. Namun, jika bakso mempunyai tekstur kesat, nyaris kering, dan berurat maka bakso tersebut mengandungi daging lembu.

4. Saiz
Bakso babi yang serupa dengan saiz yang lebih besar berbanding dengan bakso daging lembu. Pasalnya, daging babi lebih halus sehingga dapat dengan mudah dibuat dengan saiz lebih besar dan mudah hancur ketika direbus jika dibentuk dengan saiz kecil.

5. Harga
Anda perlu waspada dan curiga, jika bakso yang anda dapati harganya jauh lebih murah dengan porsi yang lebih banyak dan saiz yang lebih besar. Pasalnya, daging lembu harganya jauh lebih murah dibandin gkan daging lembu pada umumnya.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

shares